Assalamualaikum Kawang Kawang,
Ni nak cerita sikit pasal kematian jiran aku, merangkap kawan bapak aku dan kawan aku jugak lah...
Actually arwah dah lama sakit..mungkin kali ni tak tertanggung dan Allah sangat sayangkan beliau, so Allah telah 'ambil' beliau semula.. Kisah yang sangat menyayat hati.. Arwah meninggal di Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor seminggu selepas raya 5hb September 2011..
Seperti yang aku cakap, pakcik ni dah lama sakit...3-4 tahun jugak.. Alhamdulillah isteri masih kuat untuk menanggung anak2 yang masih kecil..kasihan sebenarnya...kekadang kita ni kena bersyukur..maaf, bukan kekadang tapi kita kena SELALU bersyukur kepadaNYA kerana kalau kita merasakan yang kita ni tak bernasib baik, ade orang lain yang lagi tidak bernasib baik daripada kita...kan? so renung-renungkanlah...
Hari ahad tu 4hb September 2011 aku menghantar adik aku ke larkin sebab nak balik Kuala Pilah bagi menyambung pengajian setelah 5 hari bercuti raya...lepas tu aku dapat tau pakcik tu di tahan di ward kat Hospital...mak aku dah pesan suruh menjenguk pakcik tu kalau sempat.. Ya Allah, sangat menyayat hati, pakcik yang aku kenal selama ni sangat ceria, peramah, banyak cakap hanya terlantar sakit tidak sedar siapa yang datang..masa aku melawat, pakcik tak dapat kenal aku sape...
Sedih hanya tuhan yang tahu, perasaan aku time tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. selepas aku melawat dalam masa 1 jam, aku pon balik rumah sebab esoknya aku kena keje..Malam tu, aku dapat panggilan dari anak pakcik tu..dia kata ayah dia NAZAK...Allahuakbar...aku terus besiap dan pecut naik kete ke Hospital...masa tu aku agak dah pukul 11.30 malam...Alhamdulillah aku mempunyai keberanian untuk drive malam-malam, lagipon hospital ngn rumah (hostel M) takde la jauh mana...15 min perjalanan je kot...
Masa aku sampai pakcik tu dah KOMA, tidak sedarkan diri..berjurai air mata aku tatkala nampak isteri pakcik tu (cik niah) menghadapi suami yang dia jaga selama ini..TABAHnya hati seorang perempuan...aku harap dapat menjadi seperti dia.... kebetulan dalam masa yang sama anak-anak pakcik tu semua ada..especially yang kecik-kecik.. Ya Allah, kasihan.. itu yang aku mampu cakap.. adakah budak sekecil 3 tahun mampu menghadapi situasi kehilangan ayah? yup, aku tau, dia takde perasaan sedih itu, tapi aku yang berumur 24 tahun mampu merasainya...merasai perasaan bagi pihak budak sekecil itu... Ya Allah... beristigfar aku dalam hati.. hanya itu yang mampu aku lakukan sebab aku taknak nampak lemah di hadapan insan yang aku anggap seperti adik-adik ku sendiri..
Setelah mendapat kebenaran doktor (itu pon setelah didesak oleh anak pakcik tu untuk meminta kebenaran melawat disebabkan guard taknak bagi masok), anak2 pakciktu bergilir2 naik ke tingkat 5 untuk melihat pakcik..Ya Allah, aku dapat merasai kesedihan mereka...apakah aku akan dapat menerima dengan redha kalau itu adalah ayah aku? aku tak dapat nak membayangkan sebab aku belum lagi merasainya.. Dalam masa yang sama, hati aku terdetik untuk pulang pada malam tersebut disebabkan jam sudah menunjukkan ke angka 2.30 pagi dan keesokan harinya aku perlu bekerja...TAPI ade sesuatu menhalangi niat aku dan aku berkeputusan untuk naik ke tingkat 5 semula dan membacakan YAASIN untuk pakcik tersebut... Alhamdulillah, bacaan kedua menyusul dan menampakkan ketidakstabilan pakcik..Mesin menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku...
nampak pakcik yang berkerusi roda tu? itulah Arwah Cik Ahadin.. |
Masa tu, aku rasa sangat redha, berkerumun doktor dan nurse-nurse di katil tersebut..sifat ingin tahu aku sangat tinggi pada masa tersebut, aku nak tengok ape yang mereka buat pada pakcik tu..aku pon mengendap di sebalik langsir katil..ade seorang nurse nampak aku mengendap, dia tutup langsir tu...aku pegi ke bahagian kepala katil...apa yang aku nampak?? seperti tak sanggup nak bercerita...ade seorng attendant hospital naik ke atas katil dan menekan dada pakcik tu..di saat itu, semasa aku berdiri aku bacakan yaasin untuk pakcik...aku berdoa di dalam hati (pergilah cik ahadin dengan tenang, Ya Allah kau ambillah nyawa cik ahadin)... dan selepas itu.....pakcik pergi dengan tenang... pada masa tersebut hanya aku dan cik niah sahaja yang berada di situ..
Doktor memberitahu kepada si isteri, pakcik dah tak ada...tiada tangisan dari cik niah...mungkin sudah redha dengan kematian itu...tapi aku?? tidakkkkkkkkkkk~ masih tidak dapat menerimanya...berjuraian aku menangisi pemergian pakcik...aku telefon ayah, abang dan jiran-jiran ku di kampung memberitahu pemergian pakcik... Keesokan harinya, aku membantu beberapa perkara dalam urusan pembayaran bil, memandikan jenazah dan aku memandu pulang bersama cik niah dan anak-anak untuk urusan pengebumian di rumah..
Tiba di rumah, ibuku dan jiran-jiran lain sedang membacakan yaasin untuk arwah.. hari diselubungi kemurungan, aku cepat-cepat mandi dan ambil wudu' untuk pergi ke rumah pakcik..turut bersama-sama membacakan yaasin sambil menunggu jenazah di bawa ke rumah dari hospital.. Sedihnya Allah je yang tahu.. Sampai ke pengebumian ade satu lagi kejadian...semasa membawa jenazah keluar dari rumah, anak-anak pakcik tanya..'Kak wedok, tak pergi kubur ke tengok abah?'...aku faham maksud disebaliknya..mereka mengajak aku melihat pengebumian abah mereka untuk kali terakhir... kalau korang jadi aku...ape perasaan korang? Walaupon aku penat, tak tido satu malam, kena drive all the way..aku tetap memenuhi permintaan diorng...hmmmmm...berbudi kepada anak yatim, tidak rugi...Aku mengharap balasan dari Allah sahaja..
Semuanya selesai dengan baik...dan kenduri di adakan 3 hari 3 malam...kenduri 40 hari juga dah buat.. Alhamdulillah..
::Selesai::
*********************************************************************************
Banyak yang menimbulkan pertanyaan:
Orang kampung berasa pelik, kenapa aku yang beria-ia padahal itu bukan saudara ku...bukan jugak ayah aku..kenapa? ada beberapa sebab:
1. Sewaktu aku melawat pakcik pada siang hari, time tu nak balik..pakcik tersenyum padaku...senyuman yang berlainan sekali...muka pakcik sangat berseri masa tu.
2. Aku menatap bagaimana pakcik meninggal dunia...apa yang doktor buat...itu adalah sebab yang paling utama...
Itu je yang aku mampu ceritakan...semuanya hanya kenangan bersama arwah...aku sayang arwah macam ayah aku sendiri..sebab arwah orangnya sangat baik..semoga arwah berada dalam golongan orang-orang yang soleh..ammiinnnn...
Al-fatihah untuk arwah..
No comments:
Post a Comment