Tuesday, May 7, 2013

Bermulanya sebuah DIET (Part 3)

Hi all,

okeh since dah lama janji nak update pasal diet kan..so meh ler aku sambung.. kang ade pulak kata aku buat janji dicapati..hoho

okeh..first of all, nama diet ni ialah DIET ATKINS.. aku banyak membaca dari website sayanakkurus..
so kalau korang nak gemuk sila jangan gatal-gatal tangan nak click link tersebut.. jotos korang kang..haha
aku sebenarnya dah servey diet ni lama dah dulu.. tapi takde kekuatan nak melaksanakannya lagi.. so.. 2013 ni aku jadikan azam baru la nak kurus..

eceli takde la nak kurus sangat sebab aku lebih kepada menjaga kesihatan..mak aku ade penghidap diabetes, lepas tengok beliau 'sakit' timbul la rasa keinsafan...untung mak aku ade anak dah besar2..leh jaga, aku nnti sape nak jaga? dah la tak kawen2 lagi..sob sob sob..

huhu... so far yang ade dalam catatan S planner aku yang aku gegeh mentaip menu harian aku ade 7 hari sajo... lepas tu terus kelaut..tapi tu je la menu yang aku makan hari-hari.. takde menda lain nak makan pong..hohoho.. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal diet atkins ni, korang kena baca kat website dia tu.. baca dari BAB 1 okeh..korang jangan skip bab 1 sebab nnti korang takkan paham cemana nak apply diet tu.. okeh? ade paham?

untuk first week aku buat induction (induction ni sekurang2nya korang kena buat 2 minggu tau.. lepas tu kalau still tak turun korang leh sambung buat lagi sampai korang dapat berat yang korang nak..then baru korang leh buat maintenance after induction.. kalau tak paham pi baca website tu ye..ngeeee~)

Day 1:
bfast: telur rebus 2 biji + sup ayam (seketul) + air suam
lunch: sup ayam (dalam 5 ketul kecik2 je) + air suam
dinner: telur rebus 2 biji + telur goreng 2 biji + air suam

Day 2:
bfast: telur goreng 2 biji + air suam
lunch: ikan goreng 3 ketul (bukan ekor tau) + ayam goreng (4 ketul kecik2) + sayur 1 mangkuk + air suam
dinner: telur dadar campur bawang 2 biji + air suam

Day 3:
bfast: telur goreng 2 biji + cheese sekeping + mayo + air suam
lunch: ikan goreng masak singgang + sayur 1 mangkuk + air suam
petang: telur/ayam goreng + cheese + air suam
dinner: telur rebus + mayo + air suam

Day 4:
bfast: telur goreng 2 biji + cheese + mayo + air suam
lunch: ikan goreng 3 ketul + sayur 1 mangkuk + air suam
dinner: telur goreng 2 biji + cheese + mayo + air suam

Day 5:
bfast: telur goreng 2 biji + cheese + mayo + air suam
lunch:ikan goreng masak singgang + sayur 1 mangkuk + air suam
petang: telur/ayam goreng + cheese + air suam
dinner: telur goreng 2 biji + cheese + mayo + air suam

Day 6:
bfast: telur rebus + ikan bakar separuh + cheese + air suam
lunch:ikan bakar 3 ketul + sayur 1 mangkuk + air suam
dinner: ikan sardin (sikit) + telur goreng 2 biji + cheese + mayo + ikan tongkol seketul + air suam

Day 7:
bfast: telur goreng 2 biji + cheese + air suam
lunch: ikan singgang 4 ketul + sayur 1 mangkuk + air suam
dinner: telur dadar bawang + cheese + air suam

masa hari ke-8 tu aku tak gegeh nak menulis sebab masa tu aku  kena sembelit.. sila baca post aku sebelum ni.. kenapa aku sembelit? aku andaikan perut aku tekujat sebab masa tu aku baru start diet kot.. enuf about sembelit.. aku pegi clinic, aku beli ubat pharmacy sume untuk hilangkan sembelit...kena makan buah jugak..aku skip diet masa ni sebab tepaksa kan... okeh...lama gak aku skip diet..

lepas semua dah okay..aku kembali diet.. masa ni aku dah beli suppliment siap2..aku pakai multivitamin PHARMATON bukan kak ton okey  hahahah... so far Alhamdulillah..aku masih meneruskan DIET + EXERCISE...korang kena ingat..korang kena exercise jugak untuk mendapatkan hasil memberangsangkan okeh? jangan duduk diam tak wat pape..pegi la taman tu jalan 2-3 round..jangan pulak korang berendut.. haha

lagi satu pasal diet ni..korang kena minum air masak (room temperature or air suam) dengan sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nampak tu aku tekan kan huruf T and K..  no matter what..kena minum air tu dengan sangat banyak...korang jangan minum air manis lak kan.. sedangkan buah2an takleh makan inikan pulak air manis.. air sejuk dari peti ais pon takleh minum jugak keh...hoho..

korang nampak botol kat bawah ni? 1 botol ni leh anggarkan dalam 1.5liter.. aku akan habiskan dalam 2-3 botol satu hari meaning dalam lingkuangan 3-4.5 liter air aku minum satu hari.. it works okeh.. korang minum bebanyak untuk hilangkan lapa korang tu..

masa memula buat memagn la korang macam nak mati..hoho... padahal tak pon sebab kita nak tukar corak pemakanan kita kan.. tapi lelama okey je.. yang penting banyak berdoa..jadi istiqamah.. cari kawan2 yang bagi moral support and bukan downkan korang ye..




botol airku yang setia menemani kemana saje...
next time aku update ape yang aku masak selain makanan2 kat atas tu.. stay tune..

notakaki: korang kena kuat semangat tau.. yang penting korang tau ape yang korang buat..

Thanks

No comments: